Saturday, November 12, 2011

Mi Kari Muessels



assalamu'alaikum uols,


lamanya saya dah tak apdet blog ye almaklum lah semenjak dua menjak ni agak busy dengan 3 abdul dan bapak abdul neh...well inshaAllah saya cuba juga untuk masukkan resipi2 lama ke sini one step at a time (eh macam tajuk lagu Jordin Sparks pulak kan? ha ha ha) baiklah...hari ini saya nak share satu resipi iaitu Mi Kari Muessels...sebenarnya ni adalah resipi Mi Kari Kerang taffi memandangkan di Oman tiada jual kerang dan hati saya pula menggigit2 mahu juga makan mi kari maka saya telah mengeksperimenkan sepupu kerang iaitu muessels - rasanya lebih kurang sama saja dengan kerang dan lebih lemak compared to kerang...baiklah mari semak apa bahan yang anda perlukan :


buah pelaga dan bunga lawang - sikit saja
3 ulas bawang putih - chopped
1/2 biji bawang besar - chopped
1 sudu kecil crushed chillie
2 sudu makan serbuk kari Baba's - jadikan pes
1/2 sudu kecil pes asam jawa
daun kari secukup rasa
sedikit gula dan garam
5 ekor udang saiz sedang - buang kulit dan kepala (kulit dan kepala dikisar dan ambil airnya)
200gram muessels
sedikit labu/pumpkin (dalam 100g)- rebus dan lecek
5 biji bebola ikan
sebiji telur - direbus
sawi - dicelur
sedikit lettuce - hiris halus
tauhu - goreng dan potong dadu
bawang goreng
1tin kecil susu sejat


cara :


mula2 tumiskan bawang chopped, crushed chillie, , daun kari, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau, kemudian masukkan kari yang sudah menjadi pes. goreng hingga sikit garing, then masukkan air kisar kulit udang(tapis dahulu) dan biarkan mendidih. kemudian masukkan bebola ikan, udang dan muessels. masukkan pes asam jawa, gula dan garam, biarkan mendidih (jangan terlalu lama, then masukkan labu yang sudah dilecek. akhir sekali masukkan susu sejat, dan biarkan beberapa minit.


hidangkan bersama mi kuning(saya guna spageti), sawi yang sudah dicelur, telur rebus, tauhu goreng dan bawang goreng.



0 comments:

Post a Comment