Tuesday, October 18, 2011

Botok Udang

0 comments


assalamu'alaikum uols,


well ini hari saya nak kongsi resipi botox kak mah udang, very the easy dan sedap sangat. saya dapat resipi ni dari kawan FB saya yang menamakan dirinya, Ma Saly. baiklah, mari kita semak akan cara cara menyediakan botok udang ini : 





resipi :


bawang merah-dicincang
bawang puteh-dicincang
serai - ambik bahagian putih - dicincang
daun limau purut-hiris halus
cili hijau
cili merah(saya sik ada..so sik pakei lah)
*saya chopkan semua dalam chopper.senang cerita.


putih telur - 2 atau 3 biji
udang -dicincang kasar
santan kelapa - kira2 100ml (terpulang kepada berpa bnyak udang anda pakai
daun pisang - buat bekas seperti mangkuk - saya pakai aluminium foil di bwah dan lapis dengan daun pisang di atas


kaedah :


bahan chopped tadi digaulkan dengan santan dan garam. masukkan udang cincang. then, tuangkan putih telur ke dalam bekas daun pisang tadi. selepas itu tuangkan bhan2 yang telah digaulkan tadi. rata2 kan. kemudian kukus selama 20-30 minit (or sampai masak). habes. sekian. majulah botok untuk negara. 


Pais Macarel Sumbat

0 comments





assalamu'alaikum uols,


ini hari saya baru terhegeh hegeh nak aplot satu resipi dari simpanan ASB koleksi resipi saya iaitu pais ikan mackarel - pais adalah satu perkataan sarawak yang membawa maksud - panggang - tak kira la panggang atas griller ka oven ka ataupun panggang di bawah matahari. ha ha ha..ok lah berikut adalah resipi yang saya kopipes direct dari fb saya : 



resipi :


ikan makarel
daun pisang
bawang besar - 1 biji
bawang puteh - 5 ulas
halia - besar ibu jari aku mpun. ikut lah mun jari kitak urang kecik, pakei jari kaki. hahahah
sikit lengkuas
tomato - 1 biji
cabik padi - 3 biji (boleh tambah kalau mahu pedas)
crushed chillie - 1 sudu teh
air asam jawa - sikit
nenas - satu hiris bulat (optional), mun sekda pakei gula ajak



rupa ikan mackarel sebelum di pais (panggang)


kesemua bahan di atas hendaklah di chopped atau blender kasar (kecuali daun pisang dan ikan. ko blender ikan alang2 polah laksa ajak kau. hahahhaha). then ikan makarel dibelah secara belahan dedua (ada alu istilah sains.hahaha) dan sumbatkan bahan2 chopped tadi ke dalam belahan dedua ikan tersebut. kulit luar ikan, sila kaler kan menggunakan kunyit. jika anda mahu boleh guna nippon paint atau cat kuku jenama sally hansen. ahhahha. bakar di dalam selimutan daun pisang sehingga masak. sekian.




ps: kalo tak faham bahasa sarawak..sila tinggalkan komen :)

Saturday, October 15, 2011

Lasagna

0 comments








resipi :


untuk daging:
minced beef/lamb/chicken
sos pasta/sos tomato - mana2 pun boleh - saya pakai 2 skaligus.
brown onion-chopped
dried oregano
milk - sikit aje - mahu kasi up dia punya rasa
white pepper



semua bahan di atas, masakkan di atas api sederhana - cam stail korang masak kuah spaghetti tu. dah masak, ketepikan


*saya tambah chopped mushroom, chopped pineapple dan chopped capsicum sebagai aksesori tambahan
===============


untuk lapisan cheese :
yogurt (plain) - 300 gram
ricotta cheese (kalau sik ada pun sik apa, tapi kalau boleh adakan lah. hehe.)
grated parmesan cheese (alaa..yang tabur2 atas spaghetti tuuuu)
mancheese* (untuk menyalakan api oven. hahahaha)


semua bahan di atas gaulkan sebati sampai jadi pekat. ketepikan (jangan gaulkan mancis sekali ya puan2)


===============


dan akhir sekali kulit lasagna dan mozarella cheese - 1 paket. sila rujuk supermarket berhampiran tempat tinggal anda.


===============




kaedah :


cari kaca pyrex. spray dgn minyak (untuk memastikan lasagna tidak melekat). then lapisan bawah skali adalah daging - ratakan(jangan tuang semua, guna separuh sahaja). then, tutup lapisan itu dengan kulit lasagna. lapisan kedua, tuangkan adunan cheese tadi(guna separuh sahaja)..ratakan. then tutup dengan kulit lasagna. lapisan ketiga,letak lagi daging, tutup dgn kulit lasagna. ulangi langkah dan buat lah beberapa lapis yang kamu mampu. mahu buat 16 lapis pun boleh asalkan kamu tekaber dan pyrek kamu muat ok. lapisan atas skali...lepas tutup dgn kulit lasagna, taburkan mozarella cheese. bakar di dalam over (tutup bekas dengan aluminium foil masa bakar, kalau tidak nanti hangus cheese). bakar dalam 1/2 jam.


itu saja..sekian







Monday, October 10, 2011

Indian Butter Chicken

0 comments





assalamu'alaikum uols,


waiseh lama rasanya saya tak bersiaran langsung..hehe..bukan apa kamera saya masih lagi dalam proses membaikpulih maka oleh kerana hanya ada kamera henpon malas betul nak ambik gambar sebab gambar asyik "gempa" (bergoyang)..tapi tak apa lah...ini hari mahu juga share satu resipi yang saya perolehi dari majalah Thursday (Times Of Oman) iaitu Indian Chicken Butter. sebenarnya, resipi ni dah lama saya cari memandangkan Hamzah, anak paling bungsu amat suka makan ayam masak butter stail ni yang saya biasa beli di Lulu Hypermarket, tapi setelah 2-3 percubaan (resipi google) namun belum ada yang menyamai rasa ayam yang dijual di market tersebut, well to be honest ni adalah percubaan ke 4 dan alhamdulillah, yang kali ni barulah menepati piawai standard keluarga saya..bwahahahha..!! ok tanpa membuang masa mari kita semak bahan yang anda perlukan :



7 biji cili hijau, dipotong 2, sebiji tomato, potong dadu, butter


1kg ayam (saya guna thighs), 2 peket tomato puree



1 tin kecil cream


2 sudu makan fenugreek leaves (daun halba - boleh cari di kedai rempah)


dan 2 sudu makan rempah tandoori (juga boleh cari di kedai rempah)

dan yang tiada dalam gambar - jus lemon (2 sudu makan)

ok, untuk seterusnya, saya tak bubuh gambar sebab lupa..hehe..tapi cukup senang nak sediakannya. mula2, ayam tadi dipotong sedang, kemudian setelah dibersihkan, gaulkan dengan daun halba, rempah tandori, tomato puree, perahan lemon dan sedikit garam. perap untuk selama sejam (atau lebih).

1. dalam kuali yang panas (api sederhana kecil) - tuang butter, kemudian masukkan cili hijau yang telah dihiris tadi. 
2. selepas itu, tuangkan ayam tadi dan kacau sehingga 3/4 masak. 
3. selepas itu, tuangkan tomato dan juga cream dan kemudian bkacau/biarkan sehingga masak (kacau untuk elakkan kuahnya melekat pada kuali - sebab tu disarankan pakai api kecil, biar ayam duduk lama sikit dan kuah tidak melekat pada buntut kuali). dah siap pun...hehe..senang kan? 


4. untuk hiasan bolehlah taburkan daun parsley/daun bawang dan ayam ini sedap dimakan bersama roti naan, roti canai, bread kosong ataupun nasi panas. selamat mencuba :)


dan juga sesuai dimakan bersama roti jala :)






Monday, October 3, 2011

Easy Home Made Chicken Nugget

0 comments





assalamu'alaikum uols,


ini hari saya mahu share satu cara mudah untuk menyediakan chicken nugget - oleh kerana di Oman harga sepeket chicken nugget mencecah 2 rial ++ jadi adalah lebih afdal buat sendiri kerana boleh buat lagi banyak. well,menurut sumber, resipi ni adalah resipi nenek orang puteh yang saya dapat dari sini, bukan resipi nenek saya ye...huhuh..so mari kita lihat apa bahan yang diperlukan untuk membuat nugget ini :



anda memerlukan 2 boneless chicken breast (dihiris dadu/chunk), 2 biji telur , 1/2 cawan tepung biasa, sedikit garam, sedikit lada hitam, *sedikit basil dan *sedikit parsley (ini optional ya). tiada dalam gambar ialah breadcrumb


mula mula, blenderkan isi ayam - blend kasar sahaja, tak perlu hancur


kemudian, campurkan sedikit garam, basil, parsley dan lada hitam ke dalam isi ayam tadi dan gaulkan hingga sebati seperti gambar di atas


taburkan sikit tpeung di tapak tangan. ambil sedikit isi ayam tadi, uli hingga jadi bebola seperti dalam gambar (nak buat shape pun boley ikut ke kreatifan korang la)


selepas siap, penyekkan bebola ayam tadi, celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul




dan kemudian celupkan ke dalam breadcrumb


kemudian gorengkan dalam minyak sederhana, dengan api sederhana


balikkan setelah beberapa minit (nuget bertukar warna ke-emasan)


dan siap! sedap dimakan begitu sahaja, atau cicah sos, atau cicah dalam kopi luwak (bagi orang kaya)...ha ha ha...selamat mencuba :)








Saturday, October 1, 2011

Sweet & Salty No Bake Nutella & Pretzel Cookies

0 comments





assalamu'alaikum kengkawan,


terlebih dahulu sebelum apa apa, nak mohon maaf skit pasal gambar dalam entry sepanjang minggu ini mungkin gambarnya kureng best sikit kerana charger kamera saya dah rosak dan lom jumpa charger gantian nya..so nak tak nak pakai je la kamera henpon..huhuhu..ok .untuk ini hari saya nak kongsi satu resipi biskut mudah yang boley siap dalam masa beberapa minit sahaja dan inshaAllah akan menjadi kegemaran anak anak :)




anda memerlukan sesudu teh vanilla essence, 1/4 cawan peanut butter, 1/4 cawan nutella



2 sudu makan butter, 1/2 cawan susu, 1 1/2 sudu makan cocoa powder, 2 cawan vanilla sugar (gula biasa pun boleh)


2 cawan pretzel(masin) - crushed dan 1 cup instant oat (saya pakai muesli)


ok, mula mula hancurkan pretzel secara kasar


letakkan dalam mixing bowl bersama oat/muesli, peanut butter dan nutella serta essen vanilla seperti gambar di atas. ketepikan.


sementara itu, gaulkan susu, gula, butter dan cocoa powder dan panaskan menggunakan api yang kecil selama kurang lebih seminit (pastikan semua cair dan sebati)



kemudian..biarkan adunan tersebut sejuk sebentar. tuangkan ke dalam mixing bowl dan gaulkan secepat mungkin 
#NOTA KAKI: saya cairkan satu bar (220gram) coklat masakan dalam microwave dan campurkan sedikit olive oil , kemudian masukkan sekali ke dalam adunan ini untuk menjadikan cookies tersebut mudah dikeraskan

kemudian bolehlah tuangkan ke dalam papercup kecil atau just tuangkan atas wax paper gunakan sudu. letak dalam peti sejuk sebentar untuk mengeraskan cookies. siap! :)