Monday, October 3, 2011

Easy Home Made Chicken Nugget






assalamu'alaikum uols,


ini hari saya mahu share satu cara mudah untuk menyediakan chicken nugget - oleh kerana di Oman harga sepeket chicken nugget mencecah 2 rial ++ jadi adalah lebih afdal buat sendiri kerana boleh buat lagi banyak. well,menurut sumber, resipi ni adalah resipi nenek orang puteh yang saya dapat dari sini, bukan resipi nenek saya ye...huhuh..so mari kita lihat apa bahan yang diperlukan untuk membuat nugget ini :



anda memerlukan 2 boneless chicken breast (dihiris dadu/chunk), 2 biji telur , 1/2 cawan tepung biasa, sedikit garam, sedikit lada hitam, *sedikit basil dan *sedikit parsley (ini optional ya). tiada dalam gambar ialah breadcrumb


mula mula, blenderkan isi ayam - blend kasar sahaja, tak perlu hancur


kemudian, campurkan sedikit garam, basil, parsley dan lada hitam ke dalam isi ayam tadi dan gaulkan hingga sebati seperti gambar di atas


taburkan sikit tpeung di tapak tangan. ambil sedikit isi ayam tadi, uli hingga jadi bebola seperti dalam gambar (nak buat shape pun boley ikut ke kreatifan korang la)


selepas siap, penyekkan bebola ayam tadi, celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul




dan kemudian celupkan ke dalam breadcrumb


kemudian gorengkan dalam minyak sederhana, dengan api sederhana


balikkan setelah beberapa minit (nuget bertukar warna ke-emasan)


dan siap! sedap dimakan begitu sahaja, atau cicah sos, atau cicah dalam kopi luwak (bagi orang kaya)...ha ha ha...selamat mencuba :)








0 comments:

Post a Comment