Saturday, October 1, 2011

Sweet & Salty No Bake Nutella & Pretzel Cookies






assalamu'alaikum kengkawan,


terlebih dahulu sebelum apa apa, nak mohon maaf skit pasal gambar dalam entry sepanjang minggu ini mungkin gambarnya kureng best sikit kerana charger kamera saya dah rosak dan lom jumpa charger gantian nya..so nak tak nak pakai je la kamera henpon..huhuhu..ok .untuk ini hari saya nak kongsi satu resipi biskut mudah yang boley siap dalam masa beberapa minit sahaja dan inshaAllah akan menjadi kegemaran anak anak :)




anda memerlukan sesudu teh vanilla essence, 1/4 cawan peanut butter, 1/4 cawan nutella



2 sudu makan butter, 1/2 cawan susu, 1 1/2 sudu makan cocoa powder, 2 cawan vanilla sugar (gula biasa pun boleh)


2 cawan pretzel(masin) - crushed dan 1 cup instant oat (saya pakai muesli)


ok, mula mula hancurkan pretzel secara kasar


letakkan dalam mixing bowl bersama oat/muesli, peanut butter dan nutella serta essen vanilla seperti gambar di atas. ketepikan.


sementara itu, gaulkan susu, gula, butter dan cocoa powder dan panaskan menggunakan api yang kecil selama kurang lebih seminit (pastikan semua cair dan sebati)



kemudian..biarkan adunan tersebut sejuk sebentar. tuangkan ke dalam mixing bowl dan gaulkan secepat mungkin 
#NOTA KAKI: saya cairkan satu bar (220gram) coklat masakan dalam microwave dan campurkan sedikit olive oil , kemudian masukkan sekali ke dalam adunan ini untuk menjadikan cookies tersebut mudah dikeraskan

kemudian bolehlah tuangkan ke dalam papercup kecil atau just tuangkan atas wax paper gunakan sudu. letak dalam peti sejuk sebentar untuk mengeraskan cookies. siap! :)






0 comments:

Post a Comment