Tuesday, October 18, 2011

Botok Udang



assalamu'alaikum uols,


well ini hari saya nak kongsi resipi botox kak mah udang, very the easy dan sedap sangat. saya dapat resipi ni dari kawan FB saya yang menamakan dirinya, Ma Saly. baiklah, mari kita semak akan cara cara menyediakan botok udang ini : 





resipi :


bawang merah-dicincang
bawang puteh-dicincang
serai - ambik bahagian putih - dicincang
daun limau purut-hiris halus
cili hijau
cili merah(saya sik ada..so sik pakei lah)
*saya chopkan semua dalam chopper.senang cerita.


putih telur - 2 atau 3 biji
udang -dicincang kasar
santan kelapa - kira2 100ml (terpulang kepada berpa bnyak udang anda pakai
daun pisang - buat bekas seperti mangkuk - saya pakai aluminium foil di bwah dan lapis dengan daun pisang di atas


kaedah :


bahan chopped tadi digaulkan dengan santan dan garam. masukkan udang cincang. then, tuangkan putih telur ke dalam bekas daun pisang tadi. selepas itu tuangkan bhan2 yang telah digaulkan tadi. rata2 kan. kemudian kukus selama 20-30 minit (or sampai masak). habes. sekian. majulah botok untuk negara. 


0 comments:

Post a Comment