Monday, October 10, 2011

Indian Butter Chicken






assalamu'alaikum uols,


waiseh lama rasanya saya tak bersiaran langsung..hehe..bukan apa kamera saya masih lagi dalam proses membaikpulih maka oleh kerana hanya ada kamera henpon malas betul nak ambik gambar sebab gambar asyik "gempa" (bergoyang)..tapi tak apa lah...ini hari mahu juga share satu resipi yang saya perolehi dari majalah Thursday (Times Of Oman) iaitu Indian Chicken Butter. sebenarnya, resipi ni dah lama saya cari memandangkan Hamzah, anak paling bungsu amat suka makan ayam masak butter stail ni yang saya biasa beli di Lulu Hypermarket, tapi setelah 2-3 percubaan (resipi google) namun belum ada yang menyamai rasa ayam yang dijual di market tersebut, well to be honest ni adalah percubaan ke 4 dan alhamdulillah, yang kali ni barulah menepati piawai standard keluarga saya..bwahahahha..!! ok tanpa membuang masa mari kita semak bahan yang anda perlukan :



7 biji cili hijau, dipotong 2, sebiji tomato, potong dadu, butter


1kg ayam (saya guna thighs), 2 peket tomato puree



1 tin kecil cream


2 sudu makan fenugreek leaves (daun halba - boleh cari di kedai rempah)


dan 2 sudu makan rempah tandoori (juga boleh cari di kedai rempah)

dan yang tiada dalam gambar - jus lemon (2 sudu makan)

ok, untuk seterusnya, saya tak bubuh gambar sebab lupa..hehe..tapi cukup senang nak sediakannya. mula2, ayam tadi dipotong sedang, kemudian setelah dibersihkan, gaulkan dengan daun halba, rempah tandori, tomato puree, perahan lemon dan sedikit garam. perap untuk selama sejam (atau lebih).

1. dalam kuali yang panas (api sederhana kecil) - tuang butter, kemudian masukkan cili hijau yang telah dihiris tadi. 
2. selepas itu, tuangkan ayam tadi dan kacau sehingga 3/4 masak. 
3. selepas itu, tuangkan tomato dan juga cream dan kemudian bkacau/biarkan sehingga masak (kacau untuk elakkan kuahnya melekat pada kuali - sebab tu disarankan pakai api kecil, biar ayam duduk lama sikit dan kuah tidak melekat pada buntut kuali). dah siap pun...hehe..senang kan? 


4. untuk hiasan bolehlah taburkan daun parsley/daun bawang dan ayam ini sedap dimakan bersama roti naan, roti canai, bread kosong ataupun nasi panas. selamat mencuba :)


dan juga sesuai dimakan bersama roti jala :)






0 comments:

Post a Comment