Thursday, September 29, 2011

Mushroom and Cheese Fritata

0 comments




assalamu'alaikum frens,


bertemu lagi kita pada kali ini dengan resipi ala italiano - mushroom and cheese fritata. anda tentu konpius apakah benatang keris dikaki fritata ini ya? sebenarnya ia adalah telur dadar (nama bukan main canggih, eh?) cuma dikombinasikan dengan sayur dan memerlukan anda untuk menggoreng kemudian membakar - wah, bunyinya agak komplikated namun penyediaannya adalah mudah sebenarnya. ok lah tanpa membuang karan, mari kita lihat bahan yang anda perlukan : 



telur ayam sebanyak 8 biji



bawang besar(chopped), capsicum (chopped) dan mushroom (hiris)



anda juga perlukan 1/4 cawan parmesan cheese(grated), all spice (optional), boleh guna sage atau basil, mozarella cheese - lupa diletakkan dalam gambar adalah sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam dan 1/4 cawan susu



mula mula, pecahkan telur dan masukkan all spices, garam, grated parmesan cheese, susu dan lada hitam. pukul menggunakan whisk sehingga sebati. kemudian ketepikan


sementara itu, panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumiskan bawang dan capsicum


 biarkan ia mereneh ya...


selepas 2 minit, masukkan cendawan. goreng lagi selama lebih kurang 3 minit


sementara itu spraykan dulang pie dengan minyak atau lenser dengan butter (kalau anda ada frying pan pemegang besi, sila skip langkah ini)


panaskan kuali pie sebentar..kemudian transferkan segala sayur yang anda dah tumis tadi ke dalam kuali ini.



kemudian tuangkan adunan telur tadi seperti gambar di atas 




ratakan dengan tumisan sayur tadi ya... 



sediakan oven pada suhu 350 degrees, kemudian masukkan kuali pie tadi ke dalam oven. biarkan ia masak dalam kurang lebih 15 minit



setelah telur hampir masak, keluarkan sebentar dari oven, taburkan mozarella cheese seperti gambar di atas


dan kemudian masukkan balik ke dalam oven selama 3 minit (sekadar mencairkan cheese)



inilah rupa fritata yang sudah siap dan baru keluar dari oven :)



sesuai untuk hidangan breakfast, lunch atau dinner ya :)


closed up mushroom and cheese fritata :) 


sesuai dihidangkan panas panas bersama nasi dan lauk lain..:)

untuk versi video saya pastekan linknya dibawah, selamat mencuba :)




Wednesday, September 28, 2011

Dadih Buah

0 comments




assalamu'alaikum frens,


ini merupakan salah satu resipi ringkas membuat dadih, dan sebenarnya ni resipi lama tapi skarang baru nak letak sebab baru rasa rajin nak tulis pada hari ...ha ha ha..ok sekarang lihat bahan apakah diperlukan untuk buat dadih ni :


anda perlukan :


20gram agar2 kering (sebungkus) atau agar2 serbuk boleh juga
600 ml susu (saya guna susu stroberi) - kalau nak lembik lagi boleh tambah sehingga 1 liter
1 liter air
buah - buahan (saya guna buah stroberi) - boleh guna buah lain seperti buah laici, peach, apa2 lah..
1 cawan gula
perasa/essence (kalau nak buat dadih pisang, pakai banana essence, kalo nak buat dadih manga, pakai mango essence, etc) - saya guna strawberry essence sikit je - tapi kalo dah guna susu stroberi, tak payah la pakai essence ni pun takpa


kaedah :


1. mula mula masakkan air dan gula sampai gula tersebut hancur


2. masukkan susu dan agar agar (rendam dulu dalam 15 minit)


3. masakkan sampai agar agar hancur, tutup api dan kemudian tapiskan dan isi ke dalam bekas kecil atau kalai malas (macam saya) letak dalam satu tuppaware besar..hehe. biarkan sebentar sehingga sejuk..kemudian agak agak dadih nak mengeras (tapi masih lembik) - masukkan potongan buah (tak letak pun tak apa)


4. masukkan ke dalam peti ais dan tunggu hingga ia mengeras dan sejuk sebelum dihidangkan. boleh dimakan bersama sos kastad, atau susu manis, atau taburan milo..ikut suka la..ataupun sedap dimakan begitu sahaja :)


ps:gambar dibawah adalah sekadar gambar hiasan...ha ha ha







Sup Bebola Daging

1 comments





assalamu'alaikum frens,


oleh kerana saya seorang yang perasan sibuk lalu tak update blog, maka hari ni saya merasa tak sibuk lalu nak u pdate pula (apa tah?)..baiklah..hari ini saya nak share satu resipi eksperimen yang saya buat pada awal minggu itu hari, iaitu sup bebola daging (versi lebih ringkas). baiklah mari tengok apa bahan yang diperlukan (asyik baiklah aje...bwahahahaah!)




anda memerlukan 2 biji telur, 2 sudu tepung jagung, bawang putih dan merah yang dicincang, sedikit serbuk lada hitam dan juga garam. ya, itu sahaja bahan nya..dan oh ya, jangan lupa daging cincang, saya pakai around 300 gram sahaja.


bahan tersebut (kecuali telur - guna sebiji sahaja) digaulkan dengan daging cincang sehingga sebati - seperti dalam gambar di atas


dan kemudian buatlah bentuk bebola saiz bola golf. kalo dah malas, buat je besar bola boling atau bola senaman. ha ha ha


ok, setelah siap, pukul telur yang lagi sebiji tu sampai berbuih seperti gambar di atas


dan kemudian salutkan bebola daging tu dengan telur...


dan kemudian goreng dalam minyak yang sedikit
(nota: buat bebola daging dalam saiz yang kecil ya untuk memastikan dagingnya cepat masak di dalam..kalau buat besar sangat, nanti kat dalam tu tak masak..hehe)


 ya..gorengkan secara berjemaah seperti gambar di atas...



bebola daging yang sudah siap untuk dibuat sup (ni sedap dimakan macam tu je atau boleh buat untuk makan ngan bakso , etc)


untuk menyediakan sup pula, tumiskan bawang putih dan halia yang dicincang sehingga naik bau, kemudian letak sedikit rempah kurma yang dijadikan pes (kalau nak letak rempah tumis pun boleh juga tapi saya lebih suka sup yang ringkas sahaja sebab suami dan anak anak saya malas nak buang segala rempah yang timbul di atas sup..hehe). dah naik baunya, tambahkan air dalam 1 1/2 gelas (250ml)


bila dah nak menggelegak, masukkan bebola daging tadi ya...



anda boleh tambah bebola kentang atau carrot atau celery (ikut lah ke kreatifan anda nak campur apa...kasut boot pun boley..ha ha ha). biarkan sampai kentang empuk ( ni around 10 minit dah siap)

dan inilah hasilnya ....


selamat mencuba :)




Wednesday, September 21, 2011

sweedish meatballs with cranberry sauce

0 comments







assalamu'alaikum uols,


hari ini saya nak share resipi untuk salah satu makanan epik kegemaran saya iaitu sweedish meatball with cranberry sauce (macam IKEA tuuuuu....) patutnya guna daun pudina or dill tapi memandangkan tidak ada..so pakai sajalah brocolli. miahahaha. frankly, this is very easy to prepare.


resipi (untuk 1kg minced beef/lamb)


60 g butter
1 small onion, very finely chopped
2 tsp ground ground allspice
100 g breadcrumbs
150 ml milk
1 kg minced lamb/beef
1 large egg, beaten
2 tbsp sunflower or groundnut oil
1 tbsp plain flour
400 ml chicken or beef stock
200 g soured cream - boleh ganti dengan sikit lemon juice or apple cider - kasi rasa masam saja
3 tbsp roughly chopped dill
boiled or mashed potatoes, to serve


kaedah :


cairkan 15gram butter, lepas tu tumiskan bawang cincang sekejap saja kasi naik aroma. then masukkan all spice..renehkan beberapa minit.


sementara itu, breadcrumb dicampur dengan susu. biarkan sehingga semua susu meresap ke dalam breadcrumb. then, campurkan bahan tumis tadi dan masuk skali daging cincang, sikit garam, pepper dan telur. gaul2 kan..kemudian bentukkan menjadi seperti sebiji bola saiz bola pingpong. kalau malas boleh lah buat saiz bola sepak ataupun fitness ball. hahaha


lebihan butter tadi, campurkan sedikit minyak dan gorenglah meatball anda sehingga nampak agak garing. minyak lebih goreng meatball jangan buang, masukkan tepung (yang dibancuh dengan air) dan kacau2 lah sampai agak pekat (rupa macam cream soup). last skali masukkan sour cream. dan kemudian masukkan meatball. gaulkan hingga rata. boleh lah tuang dalam pinggan dan hias lah macam dalam gambar. hehe. sekian




Mashed Potato

0 comments







assalamu'alaikum uols,


hari ni saya nak sharekan satu resipi ringkas (tak payah cari resipi komplikated ala2 martha stewart, i am not martha ok..ha ha ha) iaitu mashed potato atau dalam bahasa kampungnya - kentang penyek. sesekali nak juga makan makanan omputeh kan...ha ha ha..so mari lihat apa yang anda perlukan :




anda memerlukan 2 biji kentang (ikut la nak buat berapa biji pun) sedikit butter, susu dan sedikit garam



mula mula, rebuskan kentang yang sudah siap dikupas sehingga empuk



kemudian, toskan



masukkan ke dalam mixing bowl, kemudian cepat cepat masukkan sedikit susu dan sedikit butter 



sambil itu, kentang tersebut dipenyekkan menggunakan errr...apa nama menatang ni? pemenyek. ahhhh...ko rujuk gambar je la ye? ai tak tau nama menatang tu. ha ha ha...


ok, setelah kentang penyek sepenuhnya, maka anda sepatutnya dapat hasil macam ni :


dan ia adalah sesuai sebagai side dish kepada hotdog ala ala IKEA camneh :


selamat mencuba :)



Tuesday, September 20, 2011

Ketam Masak Kicap Bercili

0 comments




assalamu'alaikum frens,

untuk kali ni, saya akan berkongsi bagaimana saya memasak ketam kicap yang ringkas - saya jarang sangat masak resipi komplikated kerana saya perasan sibuk (atau lebih tepatnya MALAS. ha ha ha). baiklah mari kita lihat step by step cara saya menyediakan ketam cili tersebut :


mula2 cincangkan bawang merah, bawang putih dan halia


kemudian tumiskan bersama serai yang diketuk dan sedikit crushed chillie


setelah tumisan wangi, masukkan sedikit air


kemudian masukkan sedikit kicap cair


dan juga kicap pekat dan boleh masukkan gula dan garam terus ya (tambah sedikit air untuk mengelakkan kuah tersebut melekat pada kuali)



bila kuah sudah nak mendidih, masukkan ketam yang sudah dibersihkan


biarkan sehingga masak - indicatornya ialah apabila kulit ketam mula bertukar dari purple kepada oren. jangan masak terlalu lama, untuk mengekalkan rasa manis ketam tersebut - around 5- 10 minit dah cukup (depend dengan jumlah ketam yang anda masak)

tadaaaa.....dah sedia untuk dihidangkan :)