Wednesday, September 28, 2011

Dadih Buah





assalamu'alaikum frens,


ini merupakan salah satu resipi ringkas membuat dadih, dan sebenarnya ni resipi lama tapi skarang baru nak letak sebab baru rasa rajin nak tulis pada hari ...ha ha ha..ok sekarang lihat bahan apakah diperlukan untuk buat dadih ni :


anda perlukan :


20gram agar2 kering (sebungkus) atau agar2 serbuk boleh juga
600 ml susu (saya guna susu stroberi) - kalau nak lembik lagi boleh tambah sehingga 1 liter
1 liter air
buah - buahan (saya guna buah stroberi) - boleh guna buah lain seperti buah laici, peach, apa2 lah..
1 cawan gula
perasa/essence (kalau nak buat dadih pisang, pakai banana essence, kalo nak buat dadih manga, pakai mango essence, etc) - saya guna strawberry essence sikit je - tapi kalo dah guna susu stroberi, tak payah la pakai essence ni pun takpa


kaedah :


1. mula mula masakkan air dan gula sampai gula tersebut hancur


2. masukkan susu dan agar agar (rendam dulu dalam 15 minit)


3. masakkan sampai agar agar hancur, tutup api dan kemudian tapiskan dan isi ke dalam bekas kecil atau kalai malas (macam saya) letak dalam satu tuppaware besar..hehe. biarkan sebentar sehingga sejuk..kemudian agak agak dadih nak mengeras (tapi masih lembik) - masukkan potongan buah (tak letak pun tak apa)


4. masukkan ke dalam peti ais dan tunggu hingga ia mengeras dan sejuk sebelum dihidangkan. boleh dimakan bersama sos kastad, atau susu manis, atau taburan milo..ikut suka la..ataupun sedap dimakan begitu sahaja :)


ps:gambar dibawah adalah sekadar gambar hiasan...ha ha ha







0 comments:

Post a Comment