Tuesday, September 20, 2011

Ketam Masak Kicap Bercili





assalamu'alaikum frens,

untuk kali ni, saya akan berkongsi bagaimana saya memasak ketam kicap yang ringkas - saya jarang sangat masak resipi komplikated kerana saya perasan sibuk (atau lebih tepatnya MALAS. ha ha ha). baiklah mari kita lihat step by step cara saya menyediakan ketam cili tersebut :


mula2 cincangkan bawang merah, bawang putih dan halia


kemudian tumiskan bersama serai yang diketuk dan sedikit crushed chillie


setelah tumisan wangi, masukkan sedikit air


kemudian masukkan sedikit kicap cair


dan juga kicap pekat dan boleh masukkan gula dan garam terus ya (tambah sedikit air untuk mengelakkan kuah tersebut melekat pada kuali)



bila kuah sudah nak mendidih, masukkan ketam yang sudah dibersihkan


biarkan sehingga masak - indicatornya ialah apabila kulit ketam mula bertukar dari purple kepada oren. jangan masak terlalu lama, untuk mengekalkan rasa manis ketam tersebut - around 5- 10 minit dah cukup (depend dengan jumlah ketam yang anda masak)

tadaaaa.....dah sedia untuk dihidangkan :)





0 comments:

Post a Comment