Wednesday, September 28, 2011

Sup Bebola Daging






assalamu'alaikum frens,


oleh kerana saya seorang yang perasan sibuk lalu tak update blog, maka hari ni saya merasa tak sibuk lalu nak u pdate pula (apa tah?)..baiklah..hari ini saya nak share satu resipi eksperimen yang saya buat pada awal minggu itu hari, iaitu sup bebola daging (versi lebih ringkas). baiklah mari tengok apa bahan yang diperlukan (asyik baiklah aje...bwahahahaah!)




anda memerlukan 2 biji telur, 2 sudu tepung jagung, bawang putih dan merah yang dicincang, sedikit serbuk lada hitam dan juga garam. ya, itu sahaja bahan nya..dan oh ya, jangan lupa daging cincang, saya pakai around 300 gram sahaja.


bahan tersebut (kecuali telur - guna sebiji sahaja) digaulkan dengan daging cincang sehingga sebati - seperti dalam gambar di atas


dan kemudian buatlah bentuk bebola saiz bola golf. kalo dah malas, buat je besar bola boling atau bola senaman. ha ha ha


ok, setelah siap, pukul telur yang lagi sebiji tu sampai berbuih seperti gambar di atas


dan kemudian salutkan bebola daging tu dengan telur...


dan kemudian goreng dalam minyak yang sedikit
(nota: buat bebola daging dalam saiz yang kecil ya untuk memastikan dagingnya cepat masak di dalam..kalau buat besar sangat, nanti kat dalam tu tak masak..hehe)


 ya..gorengkan secara berjemaah seperti gambar di atas...



bebola daging yang sudah siap untuk dibuat sup (ni sedap dimakan macam tu je atau boleh buat untuk makan ngan bakso , etc)


untuk menyediakan sup pula, tumiskan bawang putih dan halia yang dicincang sehingga naik bau, kemudian letak sedikit rempah kurma yang dijadikan pes (kalau nak letak rempah tumis pun boleh juga tapi saya lebih suka sup yang ringkas sahaja sebab suami dan anak anak saya malas nak buang segala rempah yang timbul di atas sup..hehe). dah naik baunya, tambahkan air dalam 1 1/2 gelas (250ml)


bila dah nak menggelegak, masukkan bebola daging tadi ya...



anda boleh tambah bebola kentang atau carrot atau celery (ikut lah ke kreatifan anda nak campur apa...kasut boot pun boley..ha ha ha). biarkan sampai kentang empuk ( ni around 10 minit dah siap)

dan inilah hasilnya ....


selamat mencuba :)




1 comments:

noradzlina.kamdani said...

wah..meanrik..nnt sy jengah blog kamu lagi ya..sy mahu pergi jaga stdn exam...

Post a Comment