Monday, September 19, 2011

Moist Chocolate Cake with Ganache






assalamu'alaikum frens,


waisehmen..memandangkan hari ni ada aura rajin sikit ditambah dengan rekues anak-anak untuk makan kek cekelat, makanya saya telah menyediakan kek seperti tajuk di atas - dan resipi ni saya perolehi dari kak Linda..hehe..jom semak apa bahan yang diperlukan :




kalau tak jelas - bawah ni saya senaraikan bahan-bahannya..



  • anda memerlukan 4 biji telur, 250 gram butter, 3/4 cawan serbuk koko


    sedikit esen vanilla, 1 cawan gula kastor, 1 cawan gula perang, 1 1/4 cawan tepung naik sendiri dan 1 cawan susu segar suam. anda juga perlukan sedikit minyak untuk melenser loyang (jika ada jenis spray lagi senang kan).


    mula-mula anda perlu griskan loyang seperti gambar dibawah :



    ayakkan tepung dan serbuk koko, kemudian ketepikan. pukul butter bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang - dan masukkan esen vanilla.



    selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil adunan butter dan gula tadi masih dipukul, seperti gambar dibawah :


    secara selang seli, masukkan tepung yang sudah diayak dengan serbuk koko tadi, kemudian masukkan susu (sedikit demi sedikit)



    kemudian masukkan tepung dan serbuk koko lagi...ulangi langkah berikut hingga habis semua tepung dan susu tadi 


    dan ia akan menghasilkan adunan seperti gambar dibawah :



    setelah adunan siap, tuangkan ke dalam loyang yang sudah di gris tadi :


    dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam 15 minit (atau sehingga masak)



    - untuk memeriksa sama ada kek telah masak atau tidak, cucukkan lidi pada kek dan jika lidi keluar dalam keadaan bersih (tiada tepung) maksudnya kek sudah masak sepenuhnya.  


  • kelihatan dalam gambar ialah satu acuan kek yang ter-eksiden..hhuhuh. :(


  • ok..setelah kek siap..kita pergi pula kepada cara menyediakan ganache (topping) kek tersebut. anda perlukan coklat masakan, butter dan susu. kesemua bahan ini diletakkan dalam satu mangkuk dan kemudian dicairkan dengan kaedah double boiling atau nak senang kerja - pakai microvave je. hehe


 dan lepas tu,  coklat yang dah dicairkan tadi bolehlah dituang ke atas kek tadi...pastu pandai pandai la korang hiaskan ye..hehe..aku ni tak reti sangat bab menghias kek..memang fail tapi apapun..yang penting perasa "kasih sayang" kena letak extra dalam setiap masakan..ha ha ha



 ni lagi satu :)

     



0 comments:

Post a Comment