Sunday, September 18, 2011

Tapai Beras




Assalamu'alaikum,


untuk resipi pertama, saya ingin berkongsi cara mudah membuat tapai beras (bukan air tapai ok! - sila jangan abuse resipi ini ..ha ha ha)


sila turut arahan menerusi gambar ya :) (aiseh apasal skemarama stail aku cakap neh...ha ha ha)





anda perlukan beras (dalam gambar saya buat 2 cawan) dan tanak seperti biasa. setelah nasi masak, semasa nasi masih panas, masukkan kira-kira 5 sudu gula (ikut suka nak manis boleh tambah lagi). kemudian masukkan serbuk ragi (dalam pinggan putih tuuu) dan gaulkan ke dalam beras tersebut.


setelah siap, masukkan ke dalam bekas - kalau rajin anda boleh bungkus satu persatu dalam daun pisang tapi kerana saya adalah seorang yang perasan sibuk lalu tak aad masa nak buat macam tu (sebenarnya malas.ha ha ha) maka saya letakkan nasi tadi dalam tuppaware yang diletakkan daun pisang (daun pisang bertujuan untuk mewangikan tapai)




setelah siap, bungkuskan bekas tersebut dalam kain dan peram selama 2 hari sebelum sedia untuk dimakan.







0 comments:

Post a Comment